Wednesday, August 26, 2015

Aidilfitri 2015 | Sambutan Jamuan Hari Raya Office 2015

Assalammualaikum,

Tahun ni meriah sambutan jamuan hari raya di office Mama dengan tema Warna Warni Aidilfitri dan konsep booth bagi hidangan menu. Setiap Seksyen di pertanggungjawabkan untuk menyediakan 3 menu dimana pertandingan menghias menu hidangan dan booth turut diadakan. 

Office tempat Mama bekerja ni ada 3 Seksyen, So 3 booth la yang ada.., 3 booth dgn 1 booth ada 3 menu.. + menu utama dari Kelab dan menu² sampingan yang lain...meriah ko...

Bila dah sampai waktunya...rasa seronok n meriah plk. Mama x fokus pada satu² menu dr booth yg lain, dok fokus pada booth Seksyen Mama aje...hehe. Mama baru je bertukar Seksyen sbnrnya dari Seksyen Kawalan Pengurusan kepada Seksyen Kawalan Hasil x sampai sebulan pun lg tapi Alhamdullillah kerjasama kawan² terbaik sama je Mama rasa di Seksyen lama Mama sebelum ni..^_^..

Orait...jom layan gambar.., wajib la bergambar² ngan kekawan office kan..


Inilah dia team Unit baru Mama.., x cukup korum ni..time ni kami amik kesempatan bergambar² di pentas utama sementara menunggu menu yg diorder sampai..


see...kemain lg unit kitaorang,  meja kosong lagi x siap pape pun lagi tp sibuk dok bergambar.., iye la nak hias menu mcm mana kalau makanan x sampai lagi , yg penting latarbelakang booth dan senarai menu kat belakang nun dah ready..


Photobooth utk sesi bergambar²


Masa yg dinanti telah pun tiba, penilaian juri ke atas booth dan hiasan menu, markah utama kepada hiasan menu sbnrnya, hiasan booth adalah bonus..., saingan sengit ..., hiasan menu bg setiap booth, cantik semuanya pada mata Mama..
   
Ini la dia hasil hiasan menu booth kami, setiap menu kami bagi nama mengikut drama² popular skrg dan saje kami tambah 1 menu cupcake sebagai penyeri lagi kepada booth kami.

Our menu..
Kelasss x nama menu Seksyen Kitaorang..


Ini lah dia Juaranya..booth dari Seksyen Kawalan Khas, kelebihan pada menu pulut yang dihias comel n susunan nampak kemas dan teratur..(ehhh ckp mcm kita plk juri..)..hehe


Yang ini plk booth Seksyen Kawalan Pengurusan
pun nampak cantik dna kemas shj hiasan menu dia kan..


Now..Mama nak fokus kepada hiasan menu Seksyen kami..
Ini la dia hasil deco² menu dari Seksyen kami..
Serius masa nak menyiapkan ni semua team membantu dan memberikan kerjasama, time ni terasa macam pertandingan masterchef pun ada sbb Seksyen kami paling last letak menu pada booth, kami ada masa dalam 30 minit je tau time ni nak pastikan semuanya cantik seperti ni dan clearkan brg² catering before tetamu VVIP sampai, tetiba plk urusetia bgtau Meeting abis awal 


untuk 3 menu dari Seksyen kami ni pulak, kami ditugaskan lagi untuk setiap satu unit mengambil tanggungjawab untuk menghias 1 menu hidangan. Sistem Undian kami gunakan. So inilah hasilnya.

Ini dia Laksa Sayang Awak 200%
Menu laksa ni tempah dari Family Mertua Mama
Hiasan by Unit Mama..(Unit Pemantauan Hasil GST)
konsep yang kami pakai adalah bakul rotan , bahan² laksa disekeliling laksa bersekali dgn kuah laksa dalam mangkuk sebagai simbolik je.., ready siap² dgn gubahan cili dan bunga kantan yang x berapa nak kembang..huhu


Roti Arab Eksperimen Cinta
kreatif jgk Unit Pemantauan Praktis ni.., letak kuah kari ayam dalam lada  benggala dan dihiasai dgn salad, timun dan tomato ceri..


Aiskrim Sado ko Hado!!
Nama menu mesti gempak w/pun hakikatnya Aiskirim nya x sado mana pun, cepat nau mencair..

Yang ini deco dari Unit Pemantauan hasil LHDN, konsep diaorang bgtau tp kami sama² tolong decokan.., deco simple je..buah starwberry dan anggur sbg hiasan dan penarik.., mmg org dok rembat buah pun..dapat plk strawberry dia manis sedap..


Yg ini menu tambahan dari Seksyen kami sbb ada duit lebih, niat bos nak belanja staff la kiranya.
Cupcake  Cik Bunga dan En. Sombong


Inilah hasil penilaian juri, kami kalah 1 mata je dari juara, kami naib juara..


Selesai sudah penilaian juri, perut pun sudah kenyang diisi dengan menu jamuan raya yang sedap²..ini la time kita nak bergambar² di photobooth yang disediakan..

My Team Unit Pemantauan Hasil GST..
Ini baru cukup korum..


Mama n kawan² dari Seksyen Mama yang lama..
sayang korang tau.., ramai yg dah bertukar..byk muka baru dah di Seksyen Kawalan Pengurusan skrg ni, jadi kita amik gambar bertiga je la..


BFF Zawaralovers dan Sugarscarfovers..hehe..


BFF..Kakak Kawasan Kesayangan..


Bersama org kuat PERPENA /Tuan President Persatuan Penolong Akauntan..
Ehhh..sedondon la kita..itu yg beriye amik gambar berdua..tu..hehe..


Bersama Our Dato' Pengarah.
mmg sempoi Pengarah kami ni n sgt bagus orgnya, setiap hari Jumaat Dato' sendiri rajin bagi tazkirah pada semua staff.

dengan selambanya Mama ajak Dato' bergambar sekali sbb sedondon..hehe.


Last Sekali..wajib la bergambar satu Seksyen dan satu Bahagian. Ada rezeki jgk Mama ambil gambar kenangan 1 BPAD ni, sbb time ni Mama baru balik dari amik Zaquan dari sekolah, itu yg sekali dgn gambar Zaquan masuk dalam ini kenangan..

 Team Seksyen Kawalan Hasil


Candid/free style Team Seksyen Kawalan Hasil
nampak x happy je semua...



Ini dia kami Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
BPAD 2015, BPAD dihatiku..


Free Style..BPAD 2015


p/s : minggu ni baru naik keje selepas seminggu bercuti rehat jaga anak, byk keje menanti.., x sempat jgk nak perabis n3 raya..n siyes x sempat pun nak jenguk blog kawan²...

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

No comments:

Post a Comment

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails