Monday, December 22, 2014

Cambodia Kami Datang | Hotel dan Tempat Makan @Phnom Penh

Assalammualaikum,

Sadisnya n3 holiday day 1 @Phnom Penh pun x settle² update di blog Mama ni, ermmm..Bz la bln Dec ni, bz dgn kursus je tetiap minggu, time free internet plk problem dkt opis ni, blk umah mmg xde masa la nak mghadap pc kan, tp time free hujung minggu tu Mama cuba jgk la buat n3 auto publish. Sebelum mama sambung n3 Day 1 @Phnom Penh, Mama nak kongsi sikit la info ttg tempat penginapan dan tempat makan sepanjang kami bercuti di Phnom Penh ni ye..

Semasa kami bercuti di Cambodia selama 5 hari 4 malam, 2 malam kami di Phnom Penh dan 2 malam lg kami di Siem Reap. Hari pertama dan hari terakhir kami adalah di Phnom Penh, di tengah²nya kami bercuti dan bermalam di Siem Reap, Cambodia. Ada rugi masa sikit disini sbb nya perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap mengambil masa 6-7 jam, kiranya mcm masa habis di perjalanan.

Mcm yg mama citer di n3 sebelum ni, kami selamat landed je di International Airport Phnom Penh terus dah dibawa ke sesi lawatan keliling bandar, pastu terus isi perut (lunch) dan baru check in hotel. Di Phnom Penh ni kami menginap di Holiday Villa Hotel. Dekat Malaysia pun ada Holiday Villa kan, ok boleh la selesa je untuk kami bermalam dan breakfast disini pun Halal cuma yg x beshnya wifi cuma ada di lobby hotel je, kalau nak access di bilik kena bayau. 


Holiday Villa Hotel, Phnom Penh
Lokasi dengan tempat shopping (Central Market) dekat je dalam 10 minit if berjalan kaki cuma timing kami je yg x kena, masa penuh dgn agenda lawatan n CM plk tutup awal...



waktu sampai hari pertama (1 Nov 2014) , kalau tgk jam di dinding lobby tu tepat jam 12 tengahari waktu Cambodia.


Kami diberi masa rehat 2 jam sebelum sambung aktiviti lawatan di sebelah petang, jdnya jam 2.30pm kami perlu berkumpul semula di lobby. Siyes leganya dapat katil sampaikan mama terlelap skjp, tp anak² segar bugar dpt masuk bilik hotel, biasala tempat pertama dia tuju bila masuk bilik hotel, bilik air..sibuk nak berendam..

Our room, ekceli time ni bilik yg kami dapat econ x berapa sejuk, tp disebabkan mmg dah keletihan, panas pun mama boleh terlelap..huhu. Petang lepas Mr. Papa sampai br kami tukar bilik. 


Ermmm..Abang sibuk nak tengok tv, Adik plk sibuk dgn telefon



xde citer besh la, x dapat pun siaran tv Malaysia.


Tempat feberet anak², bilik air..mau berendam katanya..



Waktu tiba hari ke -4 (4 Nov 2014).., ye kami bermalam di Holiday Villa Hotel semula, see..lewat petang baru check in, sudah jam 5.40pm, yelah hari ke-4 ni mmg hari perjalanan je la, berangan je nak shopping dkt CM, tp tu la CM jam 6 pm dah tutup.


Keadaan bilik , kali ni bilik rasa luas sikit berbanding bilik masa hari pertama sampai.




Itulah saje serba sedikit gambaran ttg tempat penginapan kami (Holiday Villa Hotel) sepanjang di Phnom Penh, pada Mama kalau dtg semata utk shopping di Central Market (CM) ok sgt lokasi hotel ni dekat dgn tempat shopping, nak makan di hotel pun xde masalah sebab makanannya HALAL, setakat utk bermalam pun ok selesa je, yg x beshnya Wifi cuma ada dilobby.

TEMPAT MAKAN @PHNOM PENH

Ada 3 tempat makan Halal yang telah dibawa oleh Travel Agent sepanjang kami di Phnom Penh ini. Antaranya ialah :-
  • Wau Restaurant (authentic Malaysian & Cambodian Cuisine)
  • Cafe Malaya
  • Ah - Man Green Restaurant (Malaysian Halal Food)
Yang specialnya makanan dekat Phnom Penh ni kan Kerabu Mangga, semua restaurant kami pergi mesti ada Kerabu Mangga. Sedap pulak tu Kerabu Mangga dia. Selain Kerabu Mangga menu yg selalu ada dihidangkan adalah Telor Dadar, so penyelamat la menu utk anak², mmg anak² suka mkn telor pun, disebabkan ada telor dadar je pun, Zaquan makan bertambah²..huhu. Lepas tu hidangan makanan di restaurant dia adalah buffet.

Lunch hari pertama dan dinner hari terkahir kami di Phnom Penh kami dibawa makan di Wau Restaurant, Wau Restaurant ni terletak di dalam bangunan hotel yg under renovation semasa kami pergi time tu, jadinya dari luar nampak mcm x siap je restaurant ni..huhu



Menu lunch hari pertama, x dan nak amik pic hidangan buffet dia, tp ni menu Mama..see kerabu mangga, tengah menaip n3 ni teringat² plk kerabu mangga dia yg sedap.


Dinner hari terakhir kami di Pnom Penh, time ni ada group lain, jadinya malam tu kami makan berhidang.
Menunggu makanan dihidang, disebabkan ada group lain yg agak ramai, service pun agak slow..lama jgk la kami menunggu makanan siap dihidang, tp sib baik kami belum kelaparan sgt sbb kami lunch pun dh sgt lewat jam 5pm br kami lunch.


antara menu special malam tu adalah sup ekor..


Dinner kami di hari pertama di Cafe Malaya. Konsep yg sama buffet.., jdnya amik je la lauk mana yg berkenan, nak amik semua pun xpe dh masuk dlm harga pakej.


Menu buffet style, menu kg..ada rendang dan ulam lagi.


Ni Mama punye..



Lunch hari ke 4 dan last day kami di Phnom Penh adalah di Ah- Man Green Restaurant. Restaurant ni terletak di tgh² bandar, kedai dia kecik je tp makanan buffet dia utk kami byk dan rasa mkanan dia mmg sedap, mmg rasa tekak malaysia, kari dia sedap...hehe.




see..menu mama..semua mama bedal..ikan, ayam, sotong, telor dan sayur..huhu


N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, December 7, 2014

Semoga Abah Diberikan Kesihatan Yang Baik

Assalammualaikum,

Pagi khamis (20 Nov 2014), Mama dapat berita daripada adik perempuan kedua Mama bgtau Abah diserang sakit jantung lagi, ini merupakan serangan jantung yg ketiga sepanjang tempoh Abah diketahui ada penyakit jantung bermula tahun 2004.


Mama dimaklumkan abah diserang sakit jantung lebih kurang sama seperti kali kedua kena serangan 2 tahun lalu dimana abah batuk berdarah, muntah dan terus mengadu sakit dada dan my adik terus bawa ke emergency ward HUKM.

Pada hari Khamis berkenaan Mama terlibat dengan kursus, nasib baik kursus in house dalam opis je, jadinya hari Khamis tu Mama amik time off/half day, tengahari dari opis jemput Ziqry di taska terus pecut ke hospital HUKM (Zaquan bercuti bersama atok n neneknya di Tanjung Balai, Pulau Karimun dan Johor di ketika itu).

1st time ni Mama drive sendiri dari opis ke HUKM, redah je, mmg la Mama tau HUKM tu dimana tp selama ni org yg bawa x pernah lagi drive sendiri, alhamdullillah dipermudahkan, selamat sampai x sesat dan senang dapat parking. Mama dimaklumkan yg Abah masih di emergency ward, sesampai je di HUKM Mama pun terus la ke emergency, cian jgk dkt Adik Mama dia sorang² uruskan Abah dr kul 9pg x selesai² lagi masa mama sampai tu dah pkl 2 lebih, kebetulan dia pun masih ada urusan di sekolah, jd Mama plk take over tunggu Abah di emergency, Adik² yg lain jauh, diaorang sampai petang time waktu melawat. 

Pkl 4ptg jugalah baru dapat result Doktor samada abah perlu warded atau tidak, disaat dipanggil waris kepada pesakit Mohd Zin sila masuk ke emergency ward, berdebau pun ada + aduihai macam mana nak masuk ni sbb bdk x dibenarkan masuk, nasib baik jgk mood Ziqry ok dan misi yg bertugas time tu pun layan baik siap offer Ziqry duduk di kaunter dgn dia, dapat la mama uruskan dgn mudah.

Ermmm..keputusan doktor nampaknya Abah kena warded, dimaklumkan abah akan ditahan di Wad Pemulihan Jantung di TIngkat 6, HUKM. Ini kerana doktor perlu pantau memandangkan abah ada muntah pagi tu, nak pastikan abah x muntah lagi pd hari tu sbb kebarangkalian untuk diserang sakit dada lagi adalah tinggi.



Selepas selesai urusan pemindahan ward dr emergency ke Ward Pemulihan Jantung, Mama terus inform pada adik beradik yang lain Abah confirm kena tahan ward n kebetulan jam 4.30pm dah waktu melawat n my adik yg dari Shah Alam pun dah nak sampai dialah yg tolong amik my mum melawat Abah di ward.

My Abah kena tahan wad selama seminggu lebih juga la, kena buat endogram dan ganti belon lagi, menggantikan belon yg dimasukkan pada tahun 2012, nampaknya saluran jantung Abah tersumbat lagi, yang paling merisaukan kami semua my Abah berkemungkinan mengalami masalah kegagalan buah pinggang berfungsi buat sementara plk, serius mmg kami semua sgt susah hati kalau kena 3 penyakit serangkai - Jantung, Kecing Manis dan Buah Pinggang ni, susah la..x sanggup rasanya tgk if lps ni Abah kena buat rawatan Dialisis. My Mum cuba jgk rawatan tradisonal amik air penawar dari Ustaz Dr Rashid sbb doktor pesan my Abah kena byk minum air masak. Alhamdullillah my Abah xde la kena sampai tahap dialisis.

 My Abah hari kedua di Ward Pemulihan Jantung HUKM


Abah selepas endogram..



Terima kasih buat makcik² kami yg datang melawat
now mentang² la dah ada group wasap family adik beradik abah, makcik² pun dok update pic dalam whatsup group huhu....

Alhamdullillah Abah selamat keluar wad pada 28hb Nov 2014(Jumaat), nampak sgt Abah masih x sihat sbnrnya, sbb 2 hari sblm nak keluar  wad yg br doktor detact kemungkinan kegagalan buah pinggang x berfungsi buat sementara waktu, masalah jantung slps buat endogram nampak dah ok.


Mmg sedih tgk Abah x berapa sihat slps keluar dari ward, ni pic masa minggu lepas Mama dtg melawat abah slps keluar ward, Abah terbaring je sbb kaki bengkak. 


Alhamdullillah, minggu ni Abah dah beransur sembuh, bengkak di kaki dah surut, Abah pun dah mula bekerja seperti biasa.


Ya Allah Ya Tuhanku kau berikan lah kesihatan yang baik buat Abahku..AMIN.

P/S :- 2-3 minggu ni Mama bz, bz dgn keje audit, holidays, balik holidays keluar audit lagi, kursus plk, dapat berita abah sakit n last audit pada 24-28hb Nov 2014, jadinya Blog mama pun x berupdate..ikut kan byk benda nak simpan dlm blog my memories ni tp x berkesempatan.., nampak gayanya n3 percutian akan tersadai lagi la..huhu..

P/S:- N3 auto publish..hujung minggu tuan tanah bz g kenduri..
N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, November 17, 2014

Day 1 @Phnom Penh, Cambodia | Tour City : Visit The Independence Monumen &The Statue of Late King Norodom Sihanouk, Visit What Phnom and Let's Look at Pigeons!

Assalammualaikum,

Sambung story holiday kami.., Mak Aihhh..panjangnya tajuk..:p, nak jugak letak full tajuk lawatan Day 1@ Phnom Penh, ini pun br 3 tempat lawatan before check in hotel, igtkan nak buat satu n3 je Day 1 @Phnom Penh, tp rasa mcm byk sgt plk nak tempek gambar dkt sini.., Mama story Day 1 before kami Check in Hotel dulu ye..

Day 1 @ Phnom Penh - Visit The Independence Monumen & The Statue of Late King Norodom Sihanouk

Seperti yg mama maklumkan sebelum ni, day 1 di Phnom Penh full dengan agenda lawatan,  sampai² before check in hotel kami dibawa melawat ke The Indepencedence Monumen Phnom Penh The Statue of Late King Norodom Sihanouk, kiranya ini mcm slh satu mercu tanda di Phnom Penh jugak dimana Independence Monumen ini dibina simbolik kepada kebebasan cambodia daripada France. 


Inilah dia The Independence Monumen Cambodia, terletak di tengah² bandar  boulevard phnom penh.
berhadapan round about ni satu kawasan luas ala² padang dan terletaknya The Statue of Late King Norodom Sihanouk dan dibelakangnya kawasan perumahan Pembesar Phnom Penh.
pic ni mama snap masa dalam bas

The Independence Monumen
The Statue of Late King Norodom Sihanouk
Sekejap je kami disini, cuaca dekat Cambodia ni panas giles, pkl 10pg mcm pkl 12tgh tau.., tgk la muka kami bergambar dgn mata semua dh kecik menahan panas..huhu. Tourist guide bercerita sikit la ttg sejarah The Independence Monumen & The Statue of Late King Norodom Sihanouk ni dan selebihnya kami bergambar kenangan tanda dah sampai kat sini..hehe.

family pic berlatar belakang kan The Independence Monumen
Time ni Mr. Papa tgh amik exam lg kot.., flight dia ptg, tp agenda lawatan kami tetap diteruskan..hehe.
Disini juga terletaknya rumah Prime Minister Cambodia,
bergambar 1  family bersama our tourist guide.
Disebabkan cuaca panas, yg lain x berminat nak bergambar² disini, tp bg Mama alang² dh sampai kita redah je la..
wajib la disetiap tempat yg kami pergi tu bergambar..

Selesai bergambar², agenda lawatan diteruskan ke Wat Phnom pulak dengan menaiki bus kami. Kawasan lawatan dia mmg dekat² area tengah bandar Phnom Penh ni je, sbb tu 1st day kami dapat selesaikan semua agenda lawatan.


Day 1 @ Phnom Penh - Visit Wat Phnom

Dah kata dekat² bandar ni jgk, 10-15 minit perjalanan dah sampai Wat Phnom, disebabkan hari pertama sampai dengan x cukup tidur turun² flight dah terus melawat², masing² nampak lemau je bila agenda lawatan lebih kepada melawat temple/pagoda yang memerlukan kami mendaki sikit anak tangga ditambah dengan cuaca panas, letih jgk dibuatnya tp disebabkan ini dah masuk dalam pakej yg sudah pun kami byr, layan kan je la + pada Mama anggap je ini lawatan mengenali budaya dan sejarah negara orang yang baru pertama kali Mama sampai.

   Sedikit info ttg Wat Phnom :-
  1. sumber  - Wikipedia :- Wat Phnom is a Buddhist temple located in Phnom Penh, Cambodia. It was built in 1373, and stands 27 metres above the ground. It is the tallest religious structure in the city. The pagoda was given the name of Wat Preah Chedey Borapaut. 

Family pic berlatarbelakang kan Wat Phnom, 3 org kanak² dibelakang begitu leka menengok round clock tu ..jam ni berfungsi tau, leka anak² nengok jarum jam tu bergerak...huhu
Masa untuk mendaki anak tangga untuk ke temple berkenaan

tiket masuk 1USD , sudah termasuk dlm duit pakej yg dibayar.
rilex skjp penat naik tangga..huhu
View drpd atas
selesai sudah, turun ikut tangga sebelah sini plk.
Rasa naik turun tangga tu x jd masalah sgt, yg x tahan sbb cuaca panas..
Day 1 @ Phnom Penh - let's look at pigeons!

Jom kita tgk Burung Merpati ni di depan Royal Palace je. Memandangkan Royal Palace open utk lawatan pkl 2 ptg, jdnya tourist guide decide untuk kami look at pigeons first.

Semasa di dalam bus lagi tourist guide ada inform kpd kami semua, nanti bila sampai disini akan ada ramai bdk² yang akan menjual makanan burung untuk kita bg mkn kepada burung merpati, tp x sangka plk bdk² yg menjual ni akan paksa kita membeli, cara dia paksa ialah dgn mengejar kita dan terus je letak plastik mkanan burung tu tgn kita, letak dkt tgn kami boleh jgk inform xnak, tp bila dia bg dkt anak², diorang amik je, bila Mama kata pulang blk, anak² bkn faham x boleh, dh anak² nangis nak bg mkn pd burung, adoiyai bkn xnak beli, masalahnya kami xde duit kecik nak beli, harga yg mereka jual 1 bungkus 1USD. Masing² duit x pecah lg, nasib baik our travel ejen sudi byrkan utk kami n ada 1 bungkus mknan tu Mama byr RM1 kpd bdk tu, itupun ikutkan dia xnk terima RM, tp dia paksa jgk beli, Mama ckp RM boleh la, at last redha jgk dia terima RM..

wah byknya burung merpati, anak² teruja la n bkn main srnok lg diaorang berkejar²an dgn burung.

See..Look at the birds..terbang cantik..,
 building kuning dibelakang tu la Royal Palace.
Ala birds dah terbang ke hujung sana
apalagi berkejar kesini plk..
happy betul anak², berlari² kejar burung sampai main redah je lecak, kotor kasut dibuatnya.
Happynya Acik

Kanak² riang bermain dgn burung merpati

Ok times up, masa untuk isi perut plk (lunch) dan check in hotel..

Kesimpulannya, setengah hari day 1 sudah berlalu n pandangan secara peribadi ttg lawatan ni, ermmm..letihnya sbb cuaca sgt panas n agak x berapa menarik minat Mama maybe spt yg Mama ada maklumkan diawal n3, sbb disini kita lebih kepada lawatan ke temple/pagoda, kalau melawat kesenian Islam tu berminat jgk la, ini temple/pagoda xdela mendalam nak tau, tp Mama amik pada sudut positif utk mengenali sejarahnya dan keunikan ukiran dan pembinaan bangunan² nya . Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama Mama ke sini, x rugi pun at least Mama berpeluang jgk melihat tempat orang dan tau la serba sedikit sejarahnya..:)

Melihat dan bg burung merpati ni makan, menarik sbnrnya kalau ianya dilakukan pada waktu petang, lg plk ini aktiviti disukai oleh anak² dan dimaklumkan oleh Mertua Mama yg pernah sampai disini, waktu petang lg ramai yg bersantai disini dan dpt dilihat ada yg bermain wau disini.

N3 Auto Publish, tuan tanah masih bz br balik Audit.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, November 11, 2014

Cambodia Kami Datang | From KLIA2 to Phnom Penh International Airport | Alhamdullillah Selamat Pergi Dan Balik!

 Assalammualaikum,

Alhamdullillah Mama baru balik daripada bercuti di Cambodia dengan family mertua minggu lepas, Syukur Alhamdullillah perjalanan kami selamat pergi dan balik walaupun time balik keadaan cuaca agak buruk, terasa bergoyang duk dalam flight. 2-3 kali arahan pasangkan isyarat tali pinggang keledar diumumkan disebabkan faktor cuaca.

Ini merupakan family trip holidays utk tahun ni, kami sekeluarga ke  Phnom Penh & Siem Reap Cambodia pada 1 Nov hingga 5 Nov 2014. Oh yeah..Cambodia kami datang.. ^_^..

Tahun lepas family trip holidays kami ke Jakarta & Bandung, Indonesia. Macam biasa la kan beli tiket murah AA tahun lepas dan travel tahun ni. Tiket AA sponser sepenuhnya by FIl n MIL utk kesemua ahli team members kami seramai 14 orang termasuk 4 orang kanak², tp duit pakej for travel ajen..sendiri², kos pakej utk percutian 5h4m di Cambodia ni RM1,100 seorang utk dewasa dan separuh harga bagi kanak². 

2 bulan sebelum kejadian mmg rasa xde mood nak pergi, rasa mcm nak tarik diri pergi pun ada disebabkan masalah kereta yg x dijangka terjadi, duit dah lebur pada kereta..huhu + rasa mcm mahal je harga pakej yg nak dibayor. Tp alhamdullillah rezeki Allah tu luas, masih ada rezeki utk kami selesaikan harga pakej dan perbelanjaan ke sana.

Fuhhh..lega selesai jgk semua n its time to holidays..^_^..

kebetulan je ni time kami nak pergi bercuti plk baru beli kasut baru, ekceli mama dah lama nak beli sport shoes yg 2 in 1, yg  boleh dibuat kasut jln, tp x terbeli², sekali tgk papa try kasut puma ni nampak cantik terus ckp dgn papa sedondon pun cantik jgk kan. Abg n adik plk tahun lepas mmg x berganti diorang punye kasut (selalunya setiap tahun diorang dapat kasut baru time raya), kebetulan nanti minggu depan konsert tadika perlu pakai kasut n kasut lama pun mmg dah ketat, itu yg belikan diaorang kasut. Sekali 4 beranak dapat kasut baru..^_~..

Get ready untuk berjalan jauh..
Rate tukaran USD masa kami beli ni 1USD = Rm3.27, mahal kan, tahun lepas tukar murah sikit x sampai Rm3.  sbnrnya budget kami RM1,500 shj, tp nak genapkan 500USD terpaksa la lebih sikit budget jd RM1,635.00, xpe kalau USD x abis jual balik laku..

Bekalan duit tukaran kami.., kami bawa 500USD shj , 1st time belanja duit x abis, jgn x percaya masih berbaki 300USD lg..
Our beg, begini la pergi dan balik..sila lah percaya kali ni pergi berjalan xde bertambah beg pun.., selalunya sampai x cukup² kilo, kali ni terlebih² kilo..huhu.

Ini antara isi kandungan dalam beg kami, stok makanan..milo kotak x boleh tinggal..

Kami janji berkumpul di Restoran Mamak Impian, isi perut dulu before nak jalan jauh, lgpun kami bertolak awal pagi, flight pergi kami jam 7.05am flight AK536. Jadinya FIL dah tetapkan kami berkumpul sekurang²nya jam 3.00 ke 3.30am di Impian. Pagi tu alhamdullillah jam 3.30am kami dah sampai seperti yg dijanjikan.

Kami bertolak ke KLIA2 dengan menaiki van yg FIL sewa drpd jiran, cukup buat kami  12 orang 1 van, Mr. Papa petang baru menyusul sbbnya pagi tu Mr. Papa ada 1 paper exam lagi, Flight Mr. Papa jam 3.15pm n Papa drive n park ke Putrajaya Sentral n naik ERL ke KLIA2.
Selfie dulu sblm keluar rumah pg tu..hehe, abaikan habuk di cermin tu ye,
 Mama sudah terjebak dgn Madison Sugarscarf 


Alhamdullillah, kami selamat sampai KLIA2 jam 4.55pagi. 1st time Mama sampai n naik flight dr KLIA2 ni. Tempatnya lebih luas n selesa tp mak aihh jauhnya nak berjalan selepas masuk pelepasan antarabangsa nak ke pintu gate berlepas..
 kami dah sampai KLIA2
urusan check in lunggage, xde la terkejar sgt sbb kami dah check in online just nak drop bag je n sampai pun awal org x ramai.

Boarding pass n boarding time 6.25p.m
Ready to boarding..kami pergi dulu ye Papa, Ptg nanti kita jumpa Papa disana
Posing² dulu dkt KLIA2, almaklumlah baru 1st time sampai KLIA2 ni..

Abg Zaquan tau je ni Yoda dalam Star Wars..
Comel je Cucu² Atok n Nenek kunun2 at twin tower KLCC

Kita nak naik Flight AA ni la...
Mama pun nak posing dkt Replika Kapalterbang AA ni..
Ok its time ke pintu gate P4
Ini bdk2 sudah teruja nampak kapalterbang..tertinjau2..
Selamat dah pun kami naik flight, biasalah anak² mama kalau x tunjuk perangai x sah, ikutkan tempat duduk kami dah disusun semula oleh Adik Ipar ikut family n mmg saje pisahkan Abg n Adik sbb nanti dok dekat2 gaduh plk lgpun kalau ikut no asal berterabur jgk, ikut masa pergi ni Ziqry duduk sebaris dengan Mama, sementara Zaquan satu baris dengan sepupu dia kakak dan Acik Inang, tapi bila nak masuk dalam flight tetiba Ziqry kata nak duduk dgn Cik Inang, terpaksa la Zaquan mengalah duduk dgn Mama, mulanya dia nangis jgk, bg Ipad terus diam n baru 5 minit perjalanan Zaquan dah tertido, lega jgk dia tido sepanjang penerbangan. Adik Ziqry plk x tido² dok berborak dgn kakak n nasib jgk dia punye ragam x teruk sgt, last minit dah nak sampai br dia buat peel tetiba nak duduk dgn Mama plk, terpaksa la Mama pangku dia duduk sekali masa nak mendarat. Nasib baik jgk adik x buat perangai mcm masa 1st time adik naik flight menjerit sampai satu kapal terbang dengar..huhu.

amboi suka la tu dapat duduk tepi tingkap
Adik nak duduk dgn kakak

Hari pergi, Abg kena la mengalah ye.., dapat Ipad terus diam..
Disebabkan isyarat supaya padamkan alat elektronik semasa penerbangan nak mula berlepas, kena la matikan Ipad, terus terlelap..


Alhamdullillah selamat sampai Phnom Penh International Airport jam 8.05a.m.
                       
Phnom Penh International Airport

Aduiyai sekali lagi kesabaran diuji oleh ragam anak, kali ni Ziqry buat perangai xmo keluar jalan, ahli family yg lain sume dah selamat keluar, yg si Ziqry ni pd mulanya nangis nak pegang hp, mama x bg takut tercicir mama marah dia, dia boleh berlari nak masuk dalam flight blk, berderau darah mama, dah la kat tempat org, nasib la pegawai yg menjaga pintu tu ok boleh senyum² lagi, pintu pagar keluar dh siap berkunci n kena marah sekali dgn atok baru dia nak keluar..huhu

                                                       budak kuat merajuk

Travel agent dan tourist guide dah sedia menanti kami
Urusan dengan travel Agent ni FIl n MIL yang uruskan semua, kami cuma byr duit pakej seperti yg mama nyatakan tadi RM1,100 utk dewasa dan separuh harga RM550 utk kanak2, keseluruhan harga pakej utk kami 4 beranak RM3,300.

Ikutkan FIl berurusan dgn travel agent di Malaysia iaitu Vreka Travel & Tours, tp bila dah sampai n kenal dgn travel agent yang membawa kami ni lepas ni boleh direct contact dgn travel agent dia iaitu MubarakTour and travel..Recommoded sbb dia muslim, senang nak beruurusan dan  dia pun boleh bertutur bahasa melayu,  sebarang pertanyaan boleh PM FB Mubaraktour and travel di link ni..https://www.facebook.com/pages/Mubaraktour-and-Travel-Co-Ltd/1499357286982642?fref=ts

Mr. Solhey @ Solihin our travel agent
yang ini plk tourist guide kami, di Phnom Penh ni mmg diorang akan amik tourist guide yang bekerja dgn gov., ye lah nak explain ttg sejarah Phnom Penh kan mestilah  yg diiktiraf .
Ini lah bus yang membawa kami 1 family sepanjang percutian 5 hari 4 malam di Phnom Penh dan Siem Reap, Cambodia.
Abg n Adik excited je naik bus, terus duk seat belakang sekali, atok nya pun selalu duk dpn sbg pemandu pelancong jgk tp kali ni dh ada 2 org seorang travel agent n seorang tourist guide, atok pun duk blkg melayan cucu2..
bagusnya mr solhey ni, perkara pertama sekali sblm memulakan perjalanan, edarkan kpd kami waktu solat di Phnom Penh dan Siem Reap, Cambodia.
Prayer time in Phnom Penh n Siem Reap, Cambodia
waktu solat awal sejam dr waktu solat malaysia.
Perjalanan diteruskan mengikut iternerary perjalanan, sampai² Airport dah terus ke Agenda lawatan, ye kami terus dibawa keliling bandar di sekitar Phnom Penh antaranya visit Independence Monumen Phnom Penh, What Phnom, Toul Sleng Museum dan Royal Palace.

Ok..hopefully mama ada masa nak update sambungan n3 holidays ni nanti

N3 Auto Publish, tuan tanah bz pergi menjalankan pengauditan seminggu ni..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails