Thursday, January 31, 2013

Trip ke HCM 2D1N Wif Geng Office| Teksi & Hotel Saigon Pink 2

As Salam,

Kita sambung story tentang trip ke HCM, Vietnam ye. Daripada airport kami menaiki Saigon air Taxi ke Hotel Saigon Pink 2. Sebelum² tu dok baca review n info dari my friend thru blog² n forum ckp semua teksi di Vietnam,  mmg x boleh dipercayai semuanya cekik darah, n susah nak communicate dgn pemandu taxi ni tau sbb diaorg x pandai ckp English, Malay apatah lagi.. Tp dah sampai pun Vietnam kami tawakal je lah. Nak x nak cuba je lah tawar menawar dengan pemandu Taxi berkenaan.

Selesai je urusan ambil beg, terus je keluar depan airport tu bersepah kaunter taxi n sibuk tawar kita naik pengangkutan taxi yg mereka sediakan. Disebabkan dah tau dah semua teksi pun x boleh nak dipercayai..so kami xdelah pilih² taxi lagi.. n gamble je terjah kaunter taxi yg betul² depan pintu keluar airport..bincang punye bincang dia bagi 1 taxi RM80 n siap offer kalau amik 2 taxi dari dia, dia cuma kira RM150 je, x menahan terus offer bayar dalam RM. 

Kami pun bincang sesama kami setelah mengambilkira tambah, tolak, darab n bahagi..2 buah taxi RM150 pergi dan balik (airport hotel, hotel airport) bahagi kami 7 orang maknanya seorang jatuh RM21.40 (lebih kurang 10 hinggit pergi, 10 hinggit balik seorang)..So ok je lah..kami pun bayar pakai RM n dia pun ada keluarkan resit. Lagipun kami tak boleh nak pikir lama² lagi, kami cuma bercuti 2 hari 1 malam, hari sampai tu la nak pulun shopping..hehe..

Dengan rasminya kami pun menaiki Saigon air Taxi. Keadaan cuaca pada hari tu hujan renyai²..masing² mulut berkata²..aduihai hujan la pulak..camner mau shopping ni..hope segalanya berjalan dengan lancar n hujan x turun dengan lebatnya. Alhamdullillah w/pun keadaan cuaca pada hari tu x berapa memuaskan tapi segalanya berjalan dengan lancar.

See...hujan renyai2..


sempat lgi berpeace²..hehe


Jauh jgk rasanye perjalanan dari Airport ke Hotel Saigon Pink 2 tu, maybe sbb baru 1st time pergi kan, terasa macam jauh je padahal adalah dalam 30 minit perjalanan dari Airport ke Hotel Saigon Pink 2. lagipun sepanjang perjalanan dari Airport ke Hotel Saigon Pink 2 hujan n jalan pun boleh tahan sesak, sesak sbb byk nau motor..pengangkutan utama di HCM, Vietnam adalah Motosikal..dah la tu diorang dengan beraninya naik motor masuk laluan bertentangan..teksi pun boleh tahan bawa laju..n uolss kalau kesana kena tahan telinga dengar bunyi hon sana sini...

***Setelah menaiki pengangkutan awam Taxi di HCM memang betul lah seperti yang diperkatakan/info2 yang kami dapat..rates taxi mahal  sbb kalau ikut meter taxi sebenarnya dalam 130,000 VND shj/RM20 je sehala n bila time balik tu kami perasan resit pd driver taxi tu tulis 180,000 VND/RM28.00 ( tp caj kat kami RM35-40 sehala) means sepatutnya taxi yang perlu kami bayar untuk sebuah taxi pergi dan balik dalam RM40 tp kami kena caj RM80, 2 buah RM150..(2 kali ganda) tapi bila difikirkan balik masih murah sbb kami kongsi2 n dah tentu2 selamat pergi dan balik daripada tahan taxi diluar guna meter tp bawa jalan jauh ke kan n yang penting nak balik tu x pikir dah ttg bz nak dptkan teksi balik, pihak hotel yg tolong call kan pihak taxi berkenaan.

Yeay kami dah sampai Hotel Saigon Pink 2


Untuk booking hotel, kami booked thru Agoda sahaja n kalau nak lagi senang kawan2 email je pun dilayan dengan pantas tau (saigonpink2hotel@yahoo.com). Kami booked hotel Saigon Pink 2 berdasarkan review dari blog2 lain dimana lokasinya sgt strategik untuk mudah dan cepat ke tempat shopping @ Cho Ben Thanh Market. Harganye pun sgt berpatutan lg pulak thru agoda yg selalu ada offer. Time kami beli ni harga untuk 1 bilik standart room adalah  RM 85. Kami tempah 3 bilik, kiranya satu bilik 2 orang (seorang RM42.50..masih berrbaloi2 kan), tp Mama duk satu bilik 3 orang tambah extra blanket dan pillow cuma RM15@5 USD. Akceli last minute kakak kpd my friend hairani joint kami punyer trip ni, kami pun dah booked hotel 3 bulan sebelum pergi.


@lobby hotel..cer check waktu sampai kami..Waktu Malaysia pun ada..nmpk sgt orang Malaysia suka berjalan/holidays/shopping di Vietnam kan..

waktu kami sampai di Hotel Saigon Pink 2 adalah pukul 12.25 waktu Malaysia/11.25 waktu Vietnam. Perbezaan waktu Malaysia dan Vietnam adalah 1 jam awal dari waktu kita di Malaysia.

sampai² terus check in hotel mcm biasa ketua rombongan@my friend Hairani yang uruskan urusan Hotel, lg pun booked Hotel atas nama dia. kami sampai kira awal la sbb pukul 11.25 waktu Vietnam kan...hehe, So belum boleh masuk bilik lagi tp agenda utama@shopping tetap perlu diteruskan..Tagline..'kita mengejar masa ni'. Pentingnya planning awal sblm sampai lagi..tau, So kami dah putuskan masa duk dlm flight lagi...sampai2 je nnti kita akan ke rumah Hajah Basiroh dulu, kebetulan seminggu sebelum kami pergi ada story tentang Hajah Basiroh di Kosmo yang mengatakan kita boleh terjah terus ke rumah dia merangkap premis perniagaan jgk ler n urusan taxi diuruskan oleh mereka.(Planning berjalan dgn lancar..nnti citer next n3).

inilah beg2 kami simpan di lobby hotel terlebih dahulu.


Bergambar sekeping dua di lobby hotel sementara menunggu ketua rombongan kami selesaikan urusan check in hotel..hehe



Nampak dah kedai Hajah Basiroh diluar pintu lobby hotel, tp yang ini kedai makan Hajah Basiroh sbnrnya bkn rumah Hajah Basiroh yang kami nak tuju.


Bila dah sampai depan hotel, rupanya banyak sgt hotel² yang ada berdekatan dgn Cho Ben Thanh ni..boleh dikatakan sederat bangunan hotel kami duduk ni adalah hotel.


Sebelah hotel kami duduk ni, Hotel Hoang Hai Long 2 ni nampak cantik la, kunun last day kami disini nak terjah setiap satu bangunan hotel tanya price n minta name card, tp siyes x sempat...huhu


Ohh ye..ini la standart room di Saigon Pink 2..ok la selesa je bagi kami..wall paper dia cantik kan..hehe.., lengkap ada  towel, cawan n kettle. toilet dia pun bersih n jgn risau ada getah paip (kalau dekat airport, toilet dia xde getah paip tau)

satu je yg x lengkap..xde arah kiblat..so kawan² jangan lupa bawa kiblat compas utk tentukan arah kiblat x pun download kiblat apps..

mama boleh terlupa nak amik² gambar bilik hotel sbnrnya, ini pun pic ihsan my friend..huhu


Pengurusan hotel mmg ok sangat..layan dengan baik dan peramah sgt..:)
see sempat lagi my friends bergambar dengan bell boy dia yg encem..hehe


Goodbye Saigon Pink 2..kami sudah mau pulang ke Malaysia..
Upsss...time balik masing² ada Deuter Beg..(murah sgt kat sana tau...)


So kepada kawan2 yg berminat nak ke HCM, Vietnam utk tujuan shopping shj..dont worry kalau x guna ajen..pergi redah sendiri je pun insyaallah selamat..tp kenalah study n dptkan info serba sedikit ttg tempat yg nak dituju ye..Okey nnti Mama sambung lagi story ttg Trip ke Vietnam ni ye..

P/S: Esok hari Wilayah, selamat bercuti buat kawan2 yang bekerja di area KL, Putrajaya dan WP Labuan..apa planning kawan2 esok..insyaallah esok Mama akan join tournament bowling opis di 101 Mall, Puchong..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, January 28, 2013

Off to PD ~27 hingga 30 Jan 2013~

As Salam,

Kami bercuti lagi, baru balik dari Morib Gold Cost pada 20-21 Jan 2013, now hingga 30hb Jan 2013..ke PD pulak. Bulan ni bulan holiday..hehe..

Macam mama pernah cerita sblm2 ni PD antara tempat percutian wajib family kami@family mertua mama sbb FIL yg booked apartment tanjung biru, PD iaitu rumah peranginan utk staff DBKL, atok zaquan n ziqry dah berpencen still boleh bercuti disini tp weekdays la...

Nak story panjang lebar pun x best la thru notes...nmpknye mama off blog sampai hari rabu la ye, hari khamis nnti mama marathon BW blog kawan2 ek...daaaaaa...:-*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, January 25, 2013

Sambutan Maulidur Rasul di Tadika Abg& Taska Adik!

As Salam,

Hari ni di Tadika Abg & Taska Adik diadakan sambutan Maulidur Rasul. Sehubungan itu, semua pelajar termasuk Adik Ziqry yang berumur 1 tahun 8 bulan diminta berpakaian baju melayu dan sumbangan berbentuk makanan daripada Ibu Bapa adalah digalakkan. (Tadika pun ada potluck tau..). 

So untuk memudahkan kerja, Mama order je ngan Acik Zaquan n Ziqry@Adik Ipar Muffin Choc Chip. Ikutkan pada mulanya Mama order Apam Polkadot, tp Adik Ipar kata dia nak buat Muffin Choc Chip utk order Mama tu tp Mama bayar harga Apam Polkadot..means best price punyer..tq Dik..:))

Muffin Choc Chip

Adik Ziqry x menyempat mau makan, sebelum sampai taska 2 biji muffin dah adik makan.


Abg Zaquan makan gak sebiji muffin tp lepas tu dia bantai tido lena sampai ke tadika, sbb tu x sempat nak posing2 ngan Abg Zaquan bertiga.


Bagus la ada sambutan Maulidur Rasul dari peringkat anak2 kecil lagi kan, bagi  pendedahan dan kenalkan pada kanak2 tentang sejarah dan perjuangan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta membangkitkan rasa cinta terhadap Rasullullah SAW. Moga sambutan maulidur rasul di tadika n taska abg n adik penuh dengan pengisian yang berguna buat anak2.. ^_^..

Salam Maulidur Rasul 1434H/2013

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, January 23, 2013

10 FM Vietnam Buat Top Commentators/Kawan Blogger Yang Rapat :)

As Salam,

Sebelum bercuti ke HCM, Vietnam Mama ada berniat nak bagi ole2 dekat kawan blogger yang rapat n terus terfikir nak bg FM pada Carta Top Commentators di blog Mama sekali. So kapada kawan2 yang namanya tersenarai dibawah boleh la tinggalkan nama dan alamat di komen box Mama di N3 ni (Mama x kan publish alamat kawan2 tu). email yahoo Mama problem dah x leh nak buka mcm kena hack gitew..susah hati gak dibuatnya ni :( 

Carta Top Commentators ni mama print screen pada hari Mama nak bertolak ke HCM pada 7/1/13. Mama publish N3 lewat, ada FM yang Mama dah bg by hand (Nad, K.Norr dan Cute Mum Mama dah bg by hand). Masya dah sent alamat pada Mama, Pink Ummi dan Mimie org yg sama kan, so kepada 6 org lagi nama dibawah silalah bg alamat ye..Pada kawan blogger yang rapat tp x tersenarai dlm carta top commentators ni Mama tetap nak bg (kpd Cha dan fazilzura) harap sudila terima FM dari Mama ni ye :)



Ini antara 10 FM yang akan Mama bg pada kawan² ..^_^..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, January 22, 2013

Family Trip: Morib Gold Cost 20 - 21 Jan 2013 | Pakej RM150 StreetDeal

As Salam,

Mood baru balik bercuti n bz.., asik bz je kan. Kami baru balik bercuti di Morib Gold Cost pada 20 - 21 Jan 2013 bersama family mertua. Percutian kali ni bersempena dengan Bday Mil yang jatuh pada 19 Jan n dirancang oleh Adik Ipar@Cute Mum pada asalnya, kami follow je, kebetulan pulak dapat tahu StreetDeal jual voucher murah RM150 utk Pakej 2D1N di Morib Gold Cost ni, so bila difikir2kan balik better kami pun beli satu voucher dah confirm dapat 2 tiket dewasa ke water themepark..:)

Ini merupakan kali kedua kami bercuti di Morib Gold Cost.  1st time bercuti ke Morib Gold Cost beli pakej thru Groupon, kali kedua ni pergi booking thru StreetDeal pulak.


Voucher Street Deal



Alhamdullillah, percutian berjalan dgn lancar n pakej RM150 ni ok je sama je seperti voucher yang kami beli thru Groupon dulu, bezanya kali ni ATV Ride x masuk pakej tp masih berbaloi2..2D1N in Studio Suite,  Tiket Water Themepark, Dinner dan Breakfast utk 2 orang.


Beza antara Groupon dan StreetDeal:-

  • Groupon kita beli Voucher percutian, beli dulu baru deal tarikh percutian 
  • StreetDeal, beli voucher dengan deal tarikh percutian terus.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, January 18, 2013

13.1.13 ~Majlis Cukur Jambul Anak Buah@Sepupu Zaquan n Ziqry | Bertemu Teman Blogger

As salam,

Pada 13.1.13 (Ahad) berlangsung majlis kesyukuran cukur jambul anak buah@sepupu Zaquan n Ziqry iaitu anak kedua Adik Ipar@Cute MuM di rumah Mertuanya di Sg Ramal, Kajang. Ikutkan sekarang ni hujung minggu Sabtu dan Ahad dah x dapat dah nak memenuhi jemputan kenduri kendara ni sbbnya Mr. Papa ada kelas setiap hujung minggu..huhu sedihnya :(, byk pulak jemputan kawin kawan2 bulan ni dan bulan depan. 

Tapi ni nasib baik la rumah family mertua n ipar duai dekat2 je, so xde masalah untuk adik ipar tolong jemput dan hantar pulang..., terima kasih acik eiya yang jemput kami pergi dan balik :), So pada hari berkenaan, Mr. Papa ada kelas macam biasa, awal pagi dah keluar rumah, kami Adik Ipar jemput dalam kul 11 pagi, kami sampai majlis sedang berlangsung..orang marhaban sedang berzanji. Kami lepak kat luar dulu sbb dalam rumah dah penuh, tp tengok la bdk2 yang excited pulak masuk. Zaquan dapat geng lg la menjadi..kebetulan dia dah lama x jumpe anak yg MIL jaga (Moon dan Timah)..time ni la melepaskan rindu...rindu la sgt..:p, tp time nak gaduh, gaduh jgk..


Kalau macam ni kan baik..dok dgr org marhaban,
 tp sbnrnya skjp je bdk2 ni dpt bertahan dok dalam rumah, pastu 15 minit kemudiannya keluar..
Lena Dania Maisarah dalam buaian berendoi dia,
iyelah semua bdk pun kalau time cukur jambul dengar org marhaban berzanji
mmg  sedap je, tenang n lena dibuatnya..

Sedapnye tgk dia tido..

Selesai sudah orang marhaban berzanji, giliran kami mengintai Sarah yang lena dibuaiannya..
Adik Ziqry beriye memandang n cuba buai tp Adik Sarah lena jgk...

Mama pun ambil peluang bergambar kenangan bersama Sarah yang dirai dan kakaknya Dania Alisha, Adik Ziqry pulak x pandang kamera.

Adik Sarah lena, kita amik gambar dengan Mummy dan kakak eisya n acik2 la.. (Adik2 Ipar)

Acik Uyun bersama anak2 dan 3 beradik anak yg MIL jaga
Apadaa..Zaquan pesen bergambar xmo pandang kamera, Adik Ziqry pulak leka dgn sumi dia..



Tidak ketinggalan Mama anak beranak bergambar bersama MIL dan Adik2 Ipar dan 2 orang anak yang MIL jaga.
Mama je lari tema sikit..hehe, mmg tau temanya biru..sebab tu pakaikan anak2 baju biru n Mama pakai baju kalerfull jnji ada biru sikit, silapnye x pakai tudung kaler biru..sbb x tau yg mereka semua mmg sedondon betul..

Selesai bergambar, janji ada 2-3 keping gambar..hehe, agenda isi perut la, susahnye rasa kalau part nak bagi anak makan kalau xde Papa.., biasalah anak2 jenis byk kerenah time nak bagi makan. Zaquan jenis memilih nak makan n selalunya nak papa suap, Ziqry pulak jenis x boleh tengok makanan, kalau boleh semua benda dia nak makan.


Makan time, beriye la abg Zaquan amik nasi lauk ikan, sudahnye dia x makan pun nasi, betul2 dia makan muffin cicah air teh panas, Zaquan ni makan jenis nak bersuap, mama sibuk duk layan adik yg bersungguh makan, terus hilang selera Zaquan nak makan, tp lepas tu dia duk kacau adik pulak, memang hangin betul dibuatnya sbb adik dia dok diam n selera makan dia dok kacau, kena marah ngan mama n nenek lepas tu dia terus masuk semula dlm rumah cari geng..terus hilang x keluar bila dah main n dapat kawan..

Sedang enak menjamu selera dan melayan kerenah Ziqry, perasan teman blogger yg turut  sama menghadiri majlis cukur jambul anak Cute MuM, Dua2 Blogger ni merupakan blogger yang Mama kenal dan pernah jumpa n seronok berkawan iaitu Mama ZN@Nad dan Mamafarah4@K.Norr

Nad dan K.norr dah buat N3 Disini dan Disini, biasalah Mama yg paling slow updates n3..huhu. 


Bersama Teman Blogger Nad dan K.norr.
x berkesempatan nak berbual panjang, mama selesai makan, mereka baru nak makan, mama pun sibuk layan ziqry, kebetulan ziqry x berapa sihat beralih bulan cirit birit, time mama nak beramah mesra pulak Ziqry ada isi, masuk rumah uruskan ziqry, keluar rumah tgk nad dah balik dah, k.norr pun dah nak balik, tp sempatla jgk la rakamkan sekeping gambar ni :)

Selesai makan terus lepak dalam rumah Adik Ipar sampai ke petang, main dengan Sara yang dah terjaga dari lenanya ni ha...

Sara Tomey², pandainya Sara senyum pandang kamera..
Aksi Ziqry dan Sara
Ziqry ni jenis yg geram tengok baby tau, mmg dia suka cium baby..:))
Ziqry pun dah bertukar baju..

Adik Ziqry jeles ke Mama nak bergambar berdua dgn Sara, tetap nak menyelit dan berkepit ngan Mama.

P/S: Tahniah buat adik ipar yang keluar berita utama akhbar Harian Metro kerana menjadi ibu susuan kepada 3 orang anak susuannya. Sehari dapat hasil perahan 8 botol..mmg banyak..tumpang happy tgk hasil EBM yg banyak. Moga terus bersemangat utk BF w/pun terdapat pandangan negatif dari mereka yg x cukup ilmu ttg susu ibu dan ibu susuan ni. 

Wednesday, January 16, 2013

Zaquan Berpakaian Seragam Tadika | Ragam Sepanjang 3 Minggu Bersekolah!

As Salam,

minggu ni dah masuk minggu ketiga la my son Zaquan bersekolah tadika, sekejap pulak rasanya masa berlalu..tup2 dah nak akhir Januari 2013 kan..

Akceli pakaian seragam sekolah Zaquan ni dapat masa minggu kedua hari tu. Bila tengok Abg Zaquan berpakaian seragam sekolah rasa mcm besar dah anak mama, 5 tahun dah dia..n nampak encem la abg pakai baju sekolah..hahaha(suka puji anak sendiri..)

Pakaian seragam sekolah Zaquan
kaler biru kuning..ada dua pasang, sepasang kemeja dan sepasang t-shirt.
*Memang melekat dekat sekolah nama dia  Khair..


Abg bergaya ngan pakaian seragam sekolah dia
Pakaian ni dipakai pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis.


Setiap hari Rabu abg pakai pakaian seragam t-shirt sbb ada Pendidikan Jasmani.

Alahai cedih je muka abg kat pic atas tu kan, sbnrnya abg sakit gigi time tu dengan x cukup tido lagi sbb x boleh nak tido mlm tu disebabkan sakit gigi, tp time ni masih bersemangat lagi nak ke sekolah, sakit2 gigi pun masih nak ke sekolah w/pun dlm keaadaan monyok..nasib baik sehari je sakit gigi menyerang...kes kuat minum air milo la ni..kan gigi dah mula rosak..

Setiap hari Jumaat pulak abg akan berpekaian baju kebangsaan@Baju Melayu..siap dengan bersongkok..^_^..


Kalau minggu pertama sekolah, Abg dan Adik dua² tido je sepanjang perjalanan nak ke sekolah, almaklumlah mengantuk kena bangun pagi n perjalanan pergi pun 25 minit, itu kalau x jammed, kalau jammed sejam jugak wooo..tapi bila dah masuk minggu kedua dan now dah minggu ketiga ni, diorang dah mula biasakan diri cuma bangun pagi untuk mandi tu still menangis² jgk ler bertolak² nak masuk bilik air, kalau boleh masing² xnak mengalah untuk mandi dulu..nak mandi sama²

now dah pandai mengepaw pagi2 nak singgah petronas beli keropok n air milo, padahal mama dah bekalkan air milo panas..


Sepanjang 2 minggu Zaquan bersekolah dari hari pertama dia sekolah memang jelas la nampak dia seronok ke sekolah, bila Mama nak amik gambar dia berpakain sekolah ni pun dia sporting sbb dia seronok nak ke sekolah, ye lah dapat jumpa dan bermain dengan kawan2 kan, tapi minggu ni kami perasan dia macam dah mula xmo ke sekolah, sbg ibubapa off course la hati ni risau n tertanye2 kalau anak dah mula x suka ke sekolah, maunye x risau takut gak kena buli ke? cikgu n kawan2 x ok ke? or memang Zaquan ni dah mula bosan nak belajar.

So hari ni Papa sempat la intai sekejap masa pg td hantar dia ke sokolah..ohh rupanya setiap kali dia sampai di kelas, dia perlu buka buku dan bgtau cikgu satu huruf /abjad yg dia dah belajar n bgtau pada cikgu..Agaknye sebab tu la kot dia mcm rasa takut nak kesekolah, kalau jawab salah..cikgu marah la agaknye...balik ni x sabar nak tanye Zaquan..sbb setiap kali kami tanye cikgu marah ke dia cakap xde...aduihai la anak..Abg kenalah belajar pandai2, cikgu tanye sbb cikgu nak zaquan cepat pandai, boleh cepat pandai baca buku..cikgu bkn marah pun ye abg..

Hope abg akan terus seronok untuk ke sekolah dan jadi anak yang cerdik pandai..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, January 15, 2013

Souveniar FM Daripada MamaZN ♥

As Salam,

Lambatnye Mama update sesuatu N3 tu kan, x tau la bila boleh updates N3 di blog secara konsisten..huk2, ini pun byk N3 tahun lepas yg tercicir...tp nnti ada masa Mama nak jgk updates N3² yang terlepas tu...

Stop sekejap N3 Trip HCM, hope x terus terberhenti disitu saje sbb ada tips nak dikongsikan bersama kawan2 :))

Ni nak tunjuk souveniar FM yang Mama terima dari rakan blogger iaitu Mama ZN (bkn la tujuan nak menunjuk2 pun sbnrnya tp untuk simpanan diri sendiri). Thanks Nad, k.eija suka souveniar FM dari Nad ni siap ada gambar anak2 Nad - Zakwan yang encem dan Nayli yang comeyy. Bila tengok FM bergambar ni k.eija dari dulu rasa nak buat, tp x terbuat2..huhu..

FM dan notes Friendship Forever ^_^
mana nak sangka dari alam maya boleh jadi baik sebegini..Hopefully jalinan persahabatan yang telah terjalin kini akan kekal baik dan utuh ye...


Suka..sbb bertambah koleksi FM Mama yang x seberapa ni..
byk dah FM yg hancuss berkecai dibuat main oleh Zaquan n Ziqry, bdk kecik Ziqry pun dah pandai capai FM Mama ni tau..almaklumlah peti ais kecik je pun...


Ini la MamaZN..rasanye ramai yang kenal MamaZN ni, Mama ni mungkin la org x kenal..Ini merupakan kali kedua Mama bertemu mata dengan Nad...suka berkawan dengan nad w/pun kami berbeza umur..

Pertemuan kedua dengan MamaZN di majlis kesyukuran cukur jambul anak buah @ anak Cute MuM.


p/s: byknye n3 nak update, N3 cukur jambul anak buah pun x terbuat lagi ni..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, January 14, 2013

Trip HCM 2D1N Wif Geng Opis | Hampir Terlepas Flight!

As salam,

Sebelum citer aktiviti shopping kami di Vietnam, Mama nak citer tentang pengalaman kami sebelum nak sampai ke Vietnam dulu yang boleh dikatakan pengalaman yang tak boleh dilupakan jugak ler..maunya tidak boleh dilupakan..hampir terlepas flight weii..berlaku adegan lari sampai xcukup kaki dan nafas..huk2..

Flight kami jam 9.10pagi, so kami semua dah janji jumpa di LCCT selewat2nya jam 7.00 - 7.15 pagi, biasalah 2 jam sebelum dah kena ada dekat airport. Semua ahli sampai seperti yang dijanjikan w/pun mama yg last sampai..ngam2 gitew sampai 7.15pg, tp bkn sebab Mama la kami semua hampir terlepas flight. Sampai2 terus chek-in luggage, check in tiket kami dah buat thru web [itupun last minute ada masalah x berjaya nak check in online pada hari jumaat (4/1/2013)..seharian buat x berjaya, nasib baik jgk 1 of team members boleh buat dirumah..iyelah yg penting bila dah check in nak print boarding pass, itu pun dia buat sampai kul 1 pagi baru berjaya check-in utk semua orang...Tq my friend].

Selesai urusan check in luggage, tengok jam baru kul 8.00pagi, masih ada masa n masing2 kata sempat lagi nak isi perut sarapan dulu sbb nanti perjalanan nak sampai ke Vietnam 2 jam jgk, dah la naik AA xde makanan free..huhu, So kami pun isi perut di Old Town White Coffe. Ketua Rombongan kami my friend Hairani mmg dah igtkan semua team members 'igt tau 8.50pg pintu gate tutup bukan last masuk 8.50pg". kami semua kata 'Ye tahu, sempatnye minum, tp kul 8.25pg dah kena mula berjalan masuk". Kami pun 8.25pg macam biasa masuk ke balai pelepasan, sekali elok je masuk tengah sibuk2 scan beg dengar pengumuman.." Flight No. AK1450 ke Ho Chi Minh sedia untuk berlepas, kami yang dengar ni pun apa lagi kalut la bila dengar sedia untuk berlepas..bila my friend ckp..'eh flight kita la', terus pegawai kastam yg jaga kat situ kata apalagi cepat la kejar..nnti terlepas..Serius, kami berlari nak ke Gate 7 time tu...sampai2 tengok mmg org dah beratur utk berlepas.., dah la nak sampai ke flight pun jauh...berlari kami dibuatnya..

Alhamdullillah akhirnya selamat juga perjalanan kami pergi dan balik. Terasa macam mencabar pulak dugaan kami sebelum nak berjalan2 n shopping mopping. Mama lagi la terasa boleh pulak sehari sebelum nak bercuti, kereta kena langgar..now kereta dah pun masuk bengkel..


muka lega selamat naik flight dah time ni..:)
flight pergi kami satu baris 6 orang n dapat seat depan..10A-E



Selamat sampai Airport Vietnam
tp muka mcm org keletihan lagi, try utk tido dlm flight..tp x boleh nak lena la..huhu

Wif Axie @Airport Vietnam
ye2 Mama mengusung Kamera, tp x bergambar sgt pun..ye lah kata nak shopping..


 Oh ye mau perkenalkan teams member@geng opis yang join trip ke Ho Chi Minh ni..
Kami pergi 7 orang kesemuanya..:)

Inilah dia geng2 opis yg joint..Ketua Rombongan..my friend Hairani..memang sesuai jd Ketua Rombongan..tegas tu. Mama, Hairani, Shima, Axie dan Capa satu Seksyen..haru je..satu seksyen cuti beramai2..sib baik bos sporting luluskan cuti kami semua, cuma k.dieha je skrg ni dah bertukar ke Jabatan lain, dah bertukar ke Jabatan lain pun still boleh jalan sama2..still keep n touch gitew..siapa mau joint kami berjalan lagi..heheh

Ini baru 6 orang mana lagi sorang kata 7 orang yang pergi. Nak bergambar beramai2 mestilah salah seorang terpaksa berkorban jd photografer..hehe

time ni beg belum beranak lagi..hehe


sorang lagi team members sbnrnya ialah kakak kepada Hairani, nama nye Kak Hai jugak..ok je kami semua ni masuk je kalau ada ahli family yg nak joint sekali..:)


Sebelum pergi hadapi mcm2 rintangan dengan masalah check in n hampir terlepas flight serta baca mcm2 review dan info yg byk x ok drpd ok tentang Ho Chi Minh City, Syukur Alhamdullillah Allah permudahkan urusan kami sepanjang berada di Vietnam dan tidak hadapai masalah seperti yang digembar gemburkan...cuma x dinafikan muka pegawai kastam dekat sana..gerun je tgk..muka x senyum langsung...

******************************************Peace Yo!***************************************************

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, January 10, 2013

Trip Ke HCM 2D1N Wif Geng Office| List Barang Untuk Shopping

As salam,

Alhamdullillah Mama dah selamat sampai balik dari Vietnam pada 8/1/2013 malam. Flight balik kami pada jam 8.15malam waktu Vietnam dan Landing di LCCT pada 11.05 malam, begitu begini selesai urusan amik beg pukul 11.40mlm jgk ler, lama Papa menunggu, anak2 pun dah tertido menunggu Mama dia balik..huhu

Sebelum tu dah cerita budget mama kan...lebih kurang RM1k je..beriye2 la buat list barang nak beli, mcm2 planning nak beli barangnya...agak2nya dapat ke semua barang yang Mama list kan ni n yang penting cukup ke budget RM1k tu.. 

Huarghh..jawapannya x cukup weii duit tukaran RM1k, siap belanja dalam RM lagi, kiranya belanja shopping kat Vietnam dalam 3 matawang - USD, DONG dan RM.

List barang nak shopping sebelum ke Vietnam
buat list barang macam ni senang supaya bila kita sampai ke tempat shopping tau dah apa barang yang nak dibeli, xde la terkira2 barang apa yg hendak dibeli..

Bila x cukup RM terpaksalah cut list barang yang hendak dibeli/yang telah disenaraikan diatas,..nnti Mama kongsikan apa yg Mama shopping di Vietnam dan insyaallah kalau ada masa Mama akan kongsikan tips2 untuk shopping di Vietnam..

Keseluruhannya rasa mau kesana/Vietnam lagi..x puas shopping..if ada rezeki nak ke Vietnam lagi mmg kena kumpul duit lebih sikit untuk shopping...:p, masa 2 hari tu pun rasa mcm x cukup..agak terkejar2 jgk, badan pun jadi letih dibuatnya..so balik dari bercuti mmg dah apply cuti rehat, kebetulan sekarang anak2 dah masuk tadika dan taska, dapatlah mama rest seharian semalam..

p/s: ada 10 FM utk kawan2 bloggers yg rapat ..^_^..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, January 6, 2013

Trip Ke HCM 2D1N Wif Geng Office| My Budget



As salam,

Insyaallah esok dan lusa 7-8 Jan 2013 Mama akan ke HCM bersama geng office. Flight pergi 7/1/2013 jam 9.10 pagi. Kami pergi 7 org perempuan semuanya. Moga perjalanan kami selamat pergi dan balik..Amin. Almaklumlah takut gak mcm2 cerita dgr pasal HCM ni...

Ini je budget mama...300 USD bersamaan RM 950 dan 700k VND bersamaan RM109. Duit hotel mmg dah settle booking online thru Agoda shj. Cukup ke x ni....hehe...list brg nak beli pun dh siap...oklah tu kan belanja ikut kemampuan masing2 ler kan. .ini  je yg mampu...huhu...shopping shj RM1k...gulppp..telan air liuq sndiri..

Published with Blogger-droid v2.0.9

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails