Tuesday, October 29, 2013

Family Trip Holiday Jakarta Bandung 2013 | Day 2 ~ Pra Shopping ~ Grande, Toko 3 Dan Matahari Mall | Abg Zaquan Jgk Yg Besh Atok Belanja Jaket Ferrari!

As Salam,

Habis sudah sesi lawatan kami, dari hari sampai terus ke Taman Safari Indonesia dan separuh hari kedua di habiskan di Tangkuban Perahu. Separuh lagi hari ni baru la bermulanya agenda shopping, tp sebelum shopping isi perut dulu.

Lunch Day 2 kami di Rumah Ikan Indonesia


Kali ni kami makan nasi lauk..Antara menu pilihan Tomyam, Ayam Masak Halia, Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar.
boleh tahan jgk rasa dia, puas la makan tengahari tu..



Perut pun dah kenyang, baru la boleh ke Agenda utama..Shopping.., Dekat bandung ni kan banyak factory outlet, tp memandangkan kami sewa bus, agak susah jugak nak berhenti di sesuatu outlet tu, melainkan bus berhentikan kami di satu tempat n kami jalan kaki la, jdnya hari tu kami ikut je la mana bas nak bawa kami, destinasi pertama utk shopping..Grande Fashion Gallery, tp Mama tgk² je belinya tak..Mama rasa mcm mahal je n lgpun dlm kepala otak Mama ni budget utk kain ela je sbnrnya..hehe, kalau factory outlet Mama aim nak pergi Outlet Polo sbb adik pun nak kirim t-shirt Polo, tp sampai hari balik, kami x menyinggah kemana² factory outlet pun.., Mr Papa pulak aim nak pergi Rumah Mode tp itupun kami x sempat nak terjah..huhu (tp inipun dh pack jadual kami tau, keluar dari pagi, balik malam utk tido je.., kalau terjah semua..mau x cukup duit n x cukup tido..:p)

Grande Fashion Gallery


Destinasi shopping seterusnya Toko Tiga. Di Toko 3 byk pilihan seluar jeans berjenama. Dekat sini pun sama Mama xde menyopping pun cuci mata je.., tp yg lain adalah menyopping..Mama je awal² dh budget utk Pasar Baru je..hehe. Dan yang paling bertuahnya mestilah cucu Atok sbb Atok belanja dia Jaket, kebetulan dia mmg aim tau nak beli jaket sbb masa OTW hari pertama kami sampai Bandung tu masa melalui pekan dia ada nampak jaket bergantung² tepi jalan, sibuk kata nak ..

Toko Tiga


Pelbagai pilihan Jeans dan T-shirt.


Muka bdk happy dapat barang yg dihajati, Terima kasih Atok belanja Abg..Syg Atok ketat²..^_~..


Abg yg happy, Adik plk dh keletihan n ketiduran


Terus bergaya dengan Jaket baru dia..jenama Ferrari. Harga Rp147,000 @ RM47.00.
Memang berguna Jaket ni, sbb lepas tu kan kami g holiday Genting, terus pakai n skrg ini antara jaket feberet Abg Khair Zaquan.


Bila diajak bergamabr bersama pun sporting la sbb dh dapat apa yg dihajati kan..



Sedar x sedar dah melewati jam 7.00 malam, di Toko 3 ni siap ada tempat solat tau. Selesai semua membeli dan cuci mata, kami ke destinasi seterusnya, kali ni kami ke Shopping Mall pulak..di Matahari Mall dan terus makan malam di Food Court dalam Matahari Mall ni je.., Di shopping Mall ni pun sama jgk Mama x membeli, hanya mencuci mata je..hahaha.., apada Mama ni kan..x menyopping pun..nak tgk ke hasil shopping..esok la baru shopping sakan..esok kami ke Pasar Baru..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Menguruskan Anak Sendirian Dengan Kereta Buat Hal Lagi!

As Salam,

2 hari ni - hari ini dan esok Mama perlu menguruskan anak² sendirian, bawa kereta sendiri ke opis dan hantar serta jemput anak dari tadika/taska sendiri, Mr Papa kan minggu ni exam week (good luck to Mr. Papa). 

Mama x kisah pun nak kena uruskan sendirian (bkn selalu pun..hehe.., ini bkn rungutan tau..tp ape ye..:p) sbbnye alhamdullillah now Mama dh boleh memandu sendiri kan, cuma tu lah disebabkan anak² ni anak manja Papa, time nak siapkan g school tu mencabar sikit la, tp nasib baik pg ni Mr. Papa yg siapkan anak², ptg baru Mr. Papa g tido PD, elok je pagi ni dh bersiap awal, siap belikan sarapan utk anak² bawa bekal, tup² perasan ada minyak bocor keluar dr kereta, Mr. Papa syak minyak auto bocor, sib baik perasan, kalau x, 2 hari Mama memandu dgn minyak auto bocor mau gear box pecah (mama dh tentu2 failed bab masalah kereta ni..)

Akceli kereta kami mmg tgh repair pun minggu lepas, sementara kereta kami dibaiki, kami pinjam kereta FIL, time FIL pergi bercuti, kerata kami dh siap dibaiki sbnrnya tp Mr. Papa kata kereta mmg la dh dibaiki tp tayar pulak belum berganti lg, so guna kereta FIL dulu g kerja, semalam balik dr kerja baru amik kereta kami, silapnya kami pun x test kereta bila dh siap, pg td baru perasan minyak auto bocor n alignment lari.

Jadinya pagi td gamble je Mama drive kereta Satria Neo Adik Ipar, nasib jgk la family dekat² kan boleh jgk minta tolong bila berlaku kecemasan.., Mama pun mcm x percaya je Mama boleh berani je bawa kereta org kan, dh la baru pandai memandu..huhu, Tq pd Adik Ipar sbb bg pinjam kereta. Hopefully kereta kami siap la hari ni, sbb esok Mama still kena drive sendiri..x boleh la nak cuti, tgh ada keje nak siapkan.., pening kepala ni asik merah je punch card..adoiyaii..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, October 28, 2013

Family Trip Holiday Jakarta Bandung 2013| Day 2 ~ Gunung Tangkuban Perahu

As Salam,

Minggu ni Mama cuba untuk abiskan story percutian Jakarta Bandung 2013 kami, berusaha keras membuat n3 auto publish ni..huhu, masih lagi story day 2 (23/8/2013) @ Bandung. Selesai aktiviti di Nature Outbound Park Of Tangkuban Perahu, kami terus menaiki bas dan minta bas hantar kami naik atas ke Gunung Tangkuban Perahu, rupanya bas x boleh naik atas, sebaliknya kami kena sewa van utk naik keatas.


Owh  it's ok, nasib boleh pusing balik ke tempat park bas td..So FIL uruskan urusan sewa van..ngam² kami 11 org 1 van.


Sampai² je terus teruja melihat kawah gunung berapi ni..
tgk la abg Khair Zaquan, tertonggeng melihat kawah di bawah.



Ini la rupa bentuk kawahnya..
walaupun dia kawasan kawah gunung berapi tp cuaca dekat sini sejuk je lgpun kawasannya tinggi berbukit dikelilingi dgn pokok2 kehijauan ..keindahan alam semulajadi....





Baru je kami nak mendaki/berjalan ke atas..ada pulak yg promote utk naik kuda berjalan ke atas..kuda berbayar la ye (x igt dh berapa Rp naik kuda ni..huhu, itulah lewat sgt up n3)..


Mama bg peluang Abg Khair Zaquan naik kuda, Adik Ziqry ala² takut nak naik kuda..

Peace..Abg yg happy dpt menunggang kuda..




Sementata Abg naik kuda sampai ke atas, 1 pusingan kalau x silap, kami bertiga amik kesempatan posing² betiga, time ni masing² dah berpecah n masing² ada pekerja/penjual yg setia mengikut kita sambil bercerita ttg Tangkuban Perahu, mereka jg sgt baik hati tolong amikkan pic kami dan sambil menjual cenderahati yg mereka jual.

Pic² kami bertiga berlatar belakangkan Gunung tangkuban Perahu




Nak jgk gambar sensorang..hehe


Selesai sudah Abg menunggang kuda..


Jom bergambar berempat pulak, cantik view Gunung tangkuban Perahu ni kan,
bila amik gambar berlatar belakangkan Gunung Tangkuban Perahu ni terasa mcm kawah gunung berapi ni dekat sgt dgn kita, tp sbnrnya jauh ke dalam..




Kami meneruskan perjalanan sampailah nampak sign Taman Wisata Alam ni..



Dekat sini wajib la jgk berposing kan..
kebetulan terjumpa blk dgn yg lain²..so dapat la bergambar bersama..


Kami bertiga je sbb time ni Abg Khair Zaquan dh mula wat perangai x sporting utk bergambar bersama.., nasib ada sekeping pic diatas reramai tu..


pastu bergambar disini pulak, sebelah menyebelah je dgn sign Taman Wisata Alam tu..



Abg dan Adik


Jom  terus mendaki dan tgk apa lg yg ada diatas nun..
owhh dekat atas ni ada kiosk souveniar..
tp kami x singgah pun tempat souveniar disini (lgpun Mama dah beli FM dh pun dekat penjual yg dtg di hotel pagi tu)


View dari atas ni lagi cantik.., nampak ladang teh


Begambar lagi, Abg sibuk je org lain punyer gambar dia nak enterframe, time kami ajak bergambar bersama dia xmo..


Tengok la abg x sporting nak bergambar


Ok la abg pun dh x sporting nak bergambar, masa untuk turun semula, lagipun dh janji pukul 2.00ptg tunggu dibawah (Van)..


Bila semua dah berkumpul, kami pun bertolak balik n masa utk lunch..perut dh lapor dh ni sbb lepas makan agenda shopping² pun bermula...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Family Trip Holiday Jakarta Bandung 2013| Day 2 ~ Outbound Nature Park Of Tangkuban Perahu

As Salam,

Continue semula story holiday Jakarta - Bandung kami, Day 2 (23 Ogos 2013)@Bandung seperti yang dirancang hari kedua kami dimulakan dengan sesi lawatan lagi, kali ni ke Tangkuban Perahu. Awal pagi selepas breakfast tanpa melengahkan masa almaklumla jadual boleh tahan pack..blom lagi sesi shopping tu.., so mmg diingatkan supaya bangun dan bersiap awal pd hari berkenaan oleh Ketua Rombongan (Mr. FIL..hehee).

Perjalanan dari hotel kami ke Tangkuban Perahu mengambil masa lebih kurang 1 jam. Turun je dari bas mcm biasa ramai dh yang mengerumun kami promote barang² cenderahati yg mereka jual, kena pandai tawar kalau nak beli dgn mereka ni.., Mama xde plk rasa nak beli so dgr je la, beli x..hehe...lgpun mereka ni ada pass pekerja, selain membawa kita berjalan²/melawat area Tangkuban Perahu ni mereka dibenarkan utk menjual barang² cenderahati.

Kami x terus melihat kawah gunung berapi@Tangkuban Perahu sebaliknya kami terjah Outbound Nature Park Of Tangkuban Perahu terlebih dahulu. Akceli berdasarkan pengalaman FIL n MIL yg terdahulu, diorang tak pernah tahu pun adanya Outbound Nature Park di Tangkuban Perahu ni, sbb tu kalau ada diantara kami yg berminat nak bermain kena la kuarkan budget/bayar sendiri sbb x masuk pakej yg FIL kira. Disini terdapat beberapa extreme games utk remaja@dewasa dan kanak². Terdapat pelbagai High Ropes untuk remaja dan dewasa seperti High step, Whobbly Bridge, cargo Net, X-Cross, Two Line Step, Tarzan Loop, Pirates Crossing Tree angle dll, sementara bagi kanak² pulak disediakan Playground untuk usia 3-7 tahun - permainan yang disediakan jgk lebih kurang seperti permainan dewasa ttp mengikut kesesuaian kanak². Kadar bayaran yg sangat berpatutan dikenakan. 


Sebelum sesi terjahan dan eksplorasi di Outbound Nature Park Of Tangkuban Perahu
Wajib ada pic kami 1 rombongan




jom kita terjah apa yg beshnya Outbound Nature Park ni



Woww Extreme Games..menarik jgk ni, sesuai sgt bg mereka yg suka kan cabaran dan pencinta alam sbb ianya terletak di tengah² kehijauan alam. 
Ini extreme games bagi remaja dan dewasa.


Time ni masing² tengah berfikir² nak main ke x? Owh..Mama n Papa x joint main pun, cukupla sekadar penyokong setia, Papa punyer reason sbb nak jaga anak..hehe, Mama ni sememangnya bkn jenis berani sgt pun..bg peluang la mereka yg muda remaja tunjuk bakat bermain kan..semestinya Adik² Ipar@ Acik Eiya n Acik Cha main..n so surprise Khair Zaquan berminat nak main, maafkan Mama n Papa sbb awal² dh downgrade keberanian Abg..x sangka rupanya anak Mama n Papa ni berjaya tunjukkan yg dia sbnrnya berani menyahut cabaran permainan yg ada dengan jayanya. Sepupu dia Dania Alisha juga turut sama bermain dan sama² berjaya sampai ke akhirnya tau.


Kebetulan time kami pergi ni, ada harga promo - Untuk dewasa -Rp80,000 dan kanak² Rp35,000.



Owhh tidak..peniaga² disini  setia melobi kami yg melepak disini..dari tempat turun bas sampailah ke sini (mmg dia akan ikut je kita tau..)


Kita tinggalkan peniaga² ni dan bagi tumpuan serta sokongan kepada Abg Khair Zaquan yg akan memulakan cabaran extreme games..

Muka happy sbb dapat bermain..


Chaiyok²..bersama² Acik utk menyahut cabaran
(Tq Acik Eiya belanja Khair Zaquan bermain)


Ini lah bentuk permainannya bagi kanak²



Disebabkan Mama n Papa memberi sokongan sepenuhnya pada Khair Zaquan dan Dania Alisha bermain, so xdelah Mama amik gambar² acik² bermain. Gambar yg ada pun cilok dr FB diorang je la..hehe..Nak tgk ke Acik² Khair Zaquan n Ziqry lakukan cabaran extreme ni..layan kan beberapa keping pic sblm kita layan gambar Khair Zaquan dan Dania Alisha menyahut cabaran.






Oh ye tp sblm tu kesian kat Adik Khair Ziqry x dpt nak main sbb x cukup umur, menangis dia nak main sama seperti abg dia main.., utk tidak menghampakan Adik Ziqry kami layankan jgk dia kunun² dia main.., dpt naik 1-2 mainan baru dia puas hati..


Ok kita tengok abg mulakan stepnya yg pertama..menaiki Climbing Wall..


Bersungguh² tu..mcm ni la baru semangat kesukanan tau Abg...


Yeah..sudah hampir berjaya..


Yezza i can do it..Abg Boleh..!


Giliran Kakak plk..Chaiyok² Kakak, Abg ada kat atas ni..tunggu kakak..


Kakak pun sama tunjukkan semangat yg kuat utk berjaya...


Yeah..kami berdua berjaya dan melepasi 1st step.., dah boleh mara ke 2nd step@2nd games..


Get Ready utk 2nd Games..




3rd Games..Caya la maintain gitew..
makin seronok nampknya mereka berdua





4th Games.., mencabar tak Abg..?



5th Games..makin mencabar nampaknya sbb perlu meniti pada tali, tapi siyes kami mmg sangat berbangga dgn Abg dan Kakak sbb bersungguh bermain n habiskan cabaran sampai ke penghujungnya..


Mama x sangka tau Abg sgt steady bermain..w/pun dibantu oleh instructor disitu, tp diorang punye semangat tu mmg kental kiranya bkn suka² main la..





6th Games..kali ni kena melangkah bulatan tali tu


Sikit je lagi ni sudah ke last games..


Yess..Abg dan Kakak berjaya buat sampai ke penghujung permainan dengan jayanya..
Mama, Papa, Adik n semua bangga tau..teruskan dan kekalkan semangat yg sebegini k..


Owhh masih belum tamat cabarannya, sbbnya pakej utk permainan kanak² ni termasuk bayaran utk bermain Flying Fox..dan Khair Zaquan bersemangat utk mencubanya..tanpa ada rasa gentar..


Sbb apa Mama kata tanpa rasa gentar sbb dia buat sendirian flying fox ni..(tinggi tu) pastu lps selesai main dia siap ckp..'abg nak main lagi'..



Tidak ketinggalan, Dania Alisha turut sama berflying fox tp bersama Daddy dia..


Selesai sudah semua cabaran dilalui dan nampknya mereka mmg sgt berpuashati dan happy dpt bermain..


kemana lagi kami selepas ni, apalagi moh kita ke Gunung Tangkuban Perahu, teringin jg mahu melihat kawah gunung berapi di depan mata sendiri..next n3

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails